Ahad, 19 Disember 2010

Kehidupan di dunia hanya sementara-My beloved Ayah En Azizul Rahman B Azizi

Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga yang berkekalan.
Jasa yang baik jadi sanjungan;
Amal ibadat menjadi bekalan.
28 September 2010 merupakan tarikh yang tidak dapat dilupakan. Tarikh tersebut merupakan saat pemergian ayah kerahmatullah. Ayah menjadi tempat pergantungan hidup kami sekeluarga. Peristiwa itu berlaku kerana ayah mengidap kanser pangkreas stage 4. Masih terbayang lagi kesedihan kami sekeluarga ketika ayah di hospital Selayang dan di hospital Besar Kuala Lumpur. Ayah sentiasa memeluk kami sambil berpesan supaya jangan nakal dan mesti belajar bersungguh-sungguh.

Jumaat, 17 Disember 2010

Lomografi

Syiqin akan beli kamera lomo. Selepas ke Pasar Seni dan ke kedai kamera Lomo.
"Shoot first ,think later" (Lomography's philosophy)